Wednesday, February 17, 2010

Mendirikan masjid

"Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api naraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu-batu, sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhNya dan mereka memperbuat apa-apa yang diperintahkan kepadanya"
[66:6]
at-tahrim ayat 6

Mendirikan masjid..

saya tergerak untuk menulis dalam blog ini tentang tajuk diatas setelah saya tertengok halaqah pada 14.2.2010 iaitu pada hari ahad yang lepas yang bertajuk isteri idaman hati. wah. tajuk ni mungkin kurang bersesuaian dengan saya. Sebab saya muda lagi. Tapi saya tersentuh tentang pandangan salah seorang panel pada malam itu. tentang mendirikan masjid. Ramai yang tidak memahami apakah erti sebenar mendirikan masjid. Adakah hanya dengan melafazkan akad nikah? Tidak sama sekali. Ramai orang muda sekarang ingin berkahwin dengan alasan hendak mendirikan masjid. Tapi, apakah hukumnya mendirikan masjid bukan bertujuan untuk beribadah? Menarik!
Apa yang ada dalam masjid? Seperti yang dapat kita lihat. Dalam masjid ada sejadah, al-quran, mimbar khutbah dan lain-lain. Semua benda-benda tersebut tidak bernyawa. Samalah juga kalau kita hanya berkahwin kerana inginkan keseronokan dan hanya sekadar memenuhi kehendak masing-masing. Maka tidak hiduplah keluarga tersebut. Macam mana kita hendak menghidupkan keluarga tersebut?

ok. Yang hidup dalam masjid ialah imam dan makmum. Imam yang menjadi ketua kepada makmum merupakan seorang suami yang menjadi ketua dan panduan kepada keluarganya. Makmum yang merupakan ahli keluarga yang sentiasa mengikut ketuanya selagi ketuanya menghala kearah kiblat. Hmm...al-quran tidak hidup. Tapi kalau kita membacanya, al-quran akan menjadi satu zat yang hidup. Maknanya, ketua keluarga perlu mengajarkan segala isi kandungan yang terdapat di dalam al-quran. Berpegang teguh kepada al-quran.

Kemudian mimbar khutbah. Apa yang khatib buat di atas mimbar? Memberi peringatan 'ittaqullah! ittaqullah!'. Ketua keluarga haruslah sentiasa mengingatkan ahli keluarganya. Nah, inilah baru baru dinamakan mendirikan masjid. Kalau tidak ada sentimen-sentimen ni bukan lah mendirikan masjid namanya. Tapi hanyalah mendirikan bangunan yang kosong. Rasulullah bersabda bangunan yang kosong akan dihuni oleh makhluk-makhluk Allah yang lain.

Jadi, abang-abang kakak-kakak yang hendak mendirikan rumah tanga ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga, jangan biarkan rumah anda diselubungi misteri. Ingatlah, tunaikanlah tanggungjawab sebagai suami and isteri ataupun ibubapa yang mengikut syariat Islam. InsyaAllah kalau setiap keluarga di Malaysia khusunya mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Negara kita ini akan menjadi satu negara Islam yang kukuh dan kuat lagi teguh. Fuh. Dari peringkat individu kepada keluarga naik kepada masyarakat seterusnya negara dan akhir sekali seluruh dunia. Kan cantik tu.

Allahuakbar! Islam pasti akan menguasai dunia sekali lagi. Jika ibubapa tidak menyelenggarakan pendidikan anaknya menurut semestinya, lalu anaknya itu membuat dosa. Maka ibubapa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di atas kesalahan anaknya itu. Tetapi jika ibubapa telah melaksanakan pendidikan itu, dan anaknya menjadi anak yang soleh, alhamdulillah, ibubapa akan mendapat pahala dari amalan anaknya itu. Meskipun hancur dimakan tanah. Dalam sabdaan Rasulullah SAW:

Jika telah mati anak Adam itu, habislah amalannya, kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.

1 comment:

  1. salam. a good start.
    jazakallah.
    gahnya sebuah masjid bukan kerana binaan yang megah, tapi gahnya sebuah masjid, amalan dan ibadah di dalamnya.

    seperti juga keluarga, tanpa binaan dan asas islam yang kuat, masih belum mampu cukup mengatakan keluarga yang bahagia.. cinta sahaja belum cukup untuk membeli sebuah kebahagiaan..

    kerana kebahagiaan itu milik Dia.

    ReplyDelete