Saturday, January 23, 2010

Islam di Malaysia

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang dijalanNya dengan berbaris-baris seolah-olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat…”

[surah ash-shaff, 61;4]

Dalam pada kerajaan berusaha gigih untuk memulihkan kedudukan dengan menerapkan konsep 1Malaysia dalam jiwa rakyat supaya bersatu tanpa mengira kaum, tapi kita semua terlupa tentang kesepaduan umat Islam di nagara kita ini. Imam-imam sering kali membaca doa..

“Allahumma an-suril Islama wal mujahidina fi Palastin. Allahumma an-suril Islama wal mujahidina fi Iraq…”

Tapi dimanakah doa untuk umat Islam di Malaysia, tanah air kita yang tercinta ini?

Ahli politik sesama ahli politik saling menuding jari antara satu sama lain. Tiada lagi kesepakatan dalam jumhur ulama dalam menetapkan sesuatu hokum. Al-Quran diketepikan al-Sunnah dilebihkan. Maka wujudlah Islam yang dipanggil Islam Liberal yang merupakan titik permulaan bagi kejatuhan umat Islam di negara kita. Yang berkuasa menggunakan kuasa sesuka hati. Menggubal undang-undang hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Lupa tentang amanah dan kepercayaan yang diberi. Itulah reality dunia hari ini. Dalam sabdaan Rasulullah SAW…

“Aku meninggalkan dua wasiat yang mana satunya berkata-kata dan yang satu lagi tidak. Di mana jika kamu berpegang pada kedua-duanya nescaya tidak akan sesat sampai ke akhir zaman.”

Seorang sahabat betanya, “Ya Rasulullah, apakah itu yang berkata-kata dan yang tidak?” Baginda SAW menjawab, “yang berkata-kata itu al-Quran dan yang tidak itu sunnahku.”

Mari kita sama-sama perhatikan bibit-bibit kejatuhan Islam di negara kita. Sejak dibangku sekolah lagi telah diterapkan dengan kefahaman Islam baru, Islam Liberal dan bukannya Islam sebenar. Akhirnya lahirlah para pelajar yang lemah akidahnya dan tidak berakhlak. Seterusnya mereka melangkah ke alam yang lebih mencabar iaitu alam sekolah menengah. Lagi perpecahan umat Islam yang lebih ketara dapat dilihat. Semangat assabiah batch yang ditanam dalam diri masing-masing. Bila ditegur, “alah, korang pun sama je dengan kitorang, nak tegur konon!”. La’, bukan semangat assabiah batch sebenarnya, tetapi sifat egois yang menebal dalam diri masing-masing. Setelah graduasi dengan berbekalkan sijil SPM yang dibanggakan, mereka melangkah kea lam university dengan megahnya dan sudah pasti banyak lagi rintangan yang akan dihadapi.

Di university, setiap kali ada waktu kelapangan, ada sahaja pihak yang akan datang menghampiri freshie mengajak untuk bersama berjuang menegakkan Islam. Bukan satu, dua atau tiga, tetapi berpuluh-puluh. Kebanyakannya menzahirkan keagamaan, mereka memakai baju agama tetapi di dalam hati masing-masing hanyalah hawa nafsu semata-mata. Dan sudah pasti Allah sangat mencela golongan-golongan yang sedemikian. Dalam firman Allah dalam surah ash-shaff ayat 2-3..

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat..”

[ash-shaff, 61;2 dan 61;3]

Dalam hadis Rasulullah pun ada menyebut..

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

H.R al-Baihaqi

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.Bagi mereka yang cetek ilmu pengetahuan dan lemah pegangan agamnya, maka hanyutlah mereka dalam kancah kesesatan dan kemaksiatan. Lain pula bagi mereka yang berpegang teguh pada al-Quran dan as-Sunnah serta beramal dengannya, mereka akan terselamat dari segala tipu daya dunia yang mengabui mata.

Lebih menyedihkan, sistem Islam dimansuhkan, sistem barat diagungkan. Institusi usrah dihapuskan, muncul pula sistem homeroom yang meniru gaya usrah tetapi dimasukkan dengan nilai-nilai yang direka oleh musuh-musuh Islam yang mana setiap satunya menyerang satu-satunya kelemahan remaja kini iaitu hati. Konsert-konsert diluluskan dan diperbanyakkan. Ceramah-ceramah agama dianggap sebagai perjumpaan haram dan juga dikurangkan. Semua ini adalah senjata-senjata yang dilancarkan oleh segolongan manusia yang ingin memenangi hati remaja yang sudah sememangnya terdedah dengan perkara-perkara yang lagha sejak kecil lagi.

Yang lagi merunsingkan kita, pembinaan kuil dan tokong melebihi pembinaan masjid dan surau. Bukti yang ketara menunjukkan umat Islam di Malaysia semakin tenggelam. Mengapakah perkara ini boleh berlaku di negara yang mengishtiharkan diri sebagai negara Islam ini? Kalau di luar ‘Muslims kill muslims’ sama juga di Malaysia Cuma dalam bentuk yang berbeza. ‘Over what? What else? The agenda of the west.’ Kata ini dipetik daripada lirik lagu salah sebuah lagu Soldier of Allah iaitu 1924 yang membangkitkan semula memori-memori pahit di saat kejatuhan empayar Islam yang gemilang.

Back on the scene. Ready to unveil this kafir’s scheme. Now we wonder why our youth decide to leave. Watching them compromise. Acting halfway Islamicly incomplete, when they meet and they greet. The greatest ummah ever to rise now seen on his knees. An ummah who used to lead this world is now begging the kafir..’please have mercy’. Can’t you see? They want us to act like them, think like them and be like them. But ya mulimeen, don’t compromise! Ya mukmineen, no compromise! Time is slipping, can’t compromise! Get on the right track, wont compromise! Remember this word, no compromise and bring Islam back.

No compromise at no cost. Practice Islam and not just at the mosque. Doesn’t make a different if it’s him or her or me. We should representing Islam so stay strong and keep your muslim identity. Seperti maksud ayat 4 surah ash-shaff yang telah dinyatakan di awal artikal ini. Kita akan sentiasa dikasihi Allah dan berada di bawah limpah rahmat dan kurniaNya jika kita bersatu di bawah panji Islam dan memperjuangkan agama Allah yang hak.


Sunday, January 17, 2010

Demi Masa : 5 sebelum 5

“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”
[al-asr, 103:1-103:3]
Firman Allah SWT dalam surah al-asr seperti yang telah di tulis maksudnya di atas, Allah SWT bersumpah demi masa, sesungguhnya semua manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh di samping memberi nasihat kepada saudaranya dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang dikatakan beramal soleh ialah orang yang mengerjakan kewajibannya terhadap diri sendiri seperti menjaga kesihatan, kepada keluarganya seperti perbelanjaan untuk pendidikan, kepada rukun tetanggga seperti tolong-menolong dan beramah mesra tetapi kita selalu terlupa fiman Allah ….hablum minAllahi wa hablum minannas…ertinya berbuat baik kepada Allah dan berbuat baik kepada manusia. Berbuat baik kepada Allah dahulu iaini menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Pada kali ini saya ingin menyatakan tentang sabdaan Rasulllah SAW ingatlah kamu kepada lima perkara sebelum datang lima perkara yang sangat berkait dengan surah al-asr ini. Yang pertama masa hidupmu sebelum datang matimu. Masa hidup, apa yang telah kita kerjakan? Amalan apakah yang mampu menjadi bekalan kita sewaktu kita mati? Wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, manusia kini sering terlupa tentang wujudnya hari kiamat, wujudnya pembangkitan semula untuk menghitung amalan dan wujudnya balasan di atas apa yang telah kita kerjakan di muka bumi Allah SWT ini seperti firman Allah dalam surah az-zilzal ayat tujuh dan lapan;

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya(balasan) kebaikan itu. Barangsiapa mengarjakan kejahatan,meskipun seberat zarah, akan dilihatnya(balasan) kejahatan itu.”
[az-zalzalah, 99:7-99:8]
Seberat zarah wahai pembaca sekalian. Adapun yang percaya tetapi mereka hanya melakukan kebaikan kepada manusia sahaja dan haiwan semata-mata tetapi tidak menunaikan hak-hak Allah SWT. Di sinilah silap kita.
Yang kedua, muda sebelum tua. Yang ni yang sensitif sikit ni kalau sebut tua-tua ni. Yang ni lah yang kita dok belasah muda kita enjoy dulu nanti tua-tua dah tak boleh enjoy dah. Bila dah sampai 40 tahun relax dulu, baru nak life. Bila sudah naik 60 tahun kita kena habiskan sisa-sisa hidup kita ni dengan keseronokan dah mati nanti tak dapat dah buat benda-benda ni. Tapi bila nyawa sudah sampai dipangkal halkum barulah terkial-kial hendak bertaubat dan melakukan amalan malangnya pintu taubat telah pun tertutup. Pada ketika itu, tiada suatu pun yang dapat menyelamatkan kita melainkan hanyalah amalan kita. Nanti di akhirat kelak, golongan inilah yang akan merayu kepada Allah SWT untuk kembali ke atas dunia untuk melakukan amal semula seperti yang telah difirman oleh Allah SWT dalam surah as-sajadah ayat ke 12;

“Dan jika sekiranya engkau lihat, ketika orang-orang berdosa menundukkan kepalanya di sisi Tuhannya, (lalu berkata): Ya Tuhan kami, kami telah lihat dan telah kami dengar (seksa yang kami mungkiri dulu), sebab itu kembalikanlah kami (ke atas dunia), supaya kami kerjakan amalan soleh, sungguh telah kami yakin, nescaya engkau lihat lah kejadian yang hebat.”
[as-sajadah, 32:12]
Yang ketiga, waktu sihat sebelum datang waktu sakit. Ya Allah sidang pembaca sekalian, waktu sihat. Waktu sihat ni, perbanyakkanlah amalan kita. Bukan erti kita boleh kurangkan amalan kita waktu kita sakit. Tetapi takut-takut, kita sudah tidak mampu untuk melakukan amalan seperti waktu kita sihat. Al maklumlah, badan kita ni macam kereta jugalah. Bila waktu kereta itu sihat setakat 100km-150km sejam tu no hal lagi. Ada yang boleh pargi laju lagi. Tapi waktu kereta itu dah semput dah, setakat 80km sejam pun dah batuk-batuk. Awas! Jangan kita fikir kita akan sihat ke akhir hayat kerana Allah boleh menarik nikmatNya pada bila-bila masa yang dikendakiNya. Segala Tongkat Ali tak pun nama penjajahnya Long Jack entah apa kaitan tak tahu, kacip Fatimah, pak tani, 100Plus, scott emulsion dan segala jenis ubat-ubatan dan jamu-jamuan, bukan jamuan makan-makan, sudah tidak boleh di pakai guna lagi. Semoga kita berada dalam keadaan yang sihat sentiasa untuk beribadah kepadaNya insyaAllah.
Kita pergi yang keempat dalam Sabdaan Rasulullah SAW. Waktu kaya sebelum datang waktu miskin. Fuh masyuk kalau kita dapat duit banyak. Seolah-olah dunia ni ana yang punya bak kata P. Ramlee. Joli sana joli sini. Bak kata Wasini tak kira masa. Duit dah banyak buat-buat lah menabung untuk pergi haji ke, bagi yang belum pargi haji la. Kalau dah tu dan tak mahu pergi ke Baitullah kali kedua dermalah kepada anak-anak yatim. Ini tidak, habiskan untuk kepentingan peribadi sahaja. Kadang-kadang tu anak bini ditinggalkan dan pergi mencari keserokan hidup. Dunia ni wahai pembaca sekalian, umpama air laut. Makin diminum makin haus. Makin kita hendak mengejar dunia makin kita rasa tidak cukup. Adalah lebih baik jika kita mengejar akhirat daripada mengejar dunia. Jangan salah faham, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mencari rezeki dan menjadi kaya raya tetapi ingatlah di akhirat kelak kita akan dipersoalkan dari manakah kita mendapat harta-harta tersebut dan kemanakah kita membelanjakannya. Hal ini dapat dibuktikan dalam surah al-mulk ayat 15;

“Dia (Allah) yang menjadikan bumi untukmu dengan mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu pada beberapa penjurunya, dan makanlah rezeki Allah, dan kepadaNya (kamu berbangkit)
[al-mulk, 67:15]
Dalam ayat di atas jelas Allah menyuruh kita untuk mencari rezeki. Pergilah jauh mana kita hendak pergi mencari rezeki selagi rezeki itu halal kepada kita.
Dan yang terakhir sekali, waktu lapang sebelum datang waktu sempit. Waktu kita ada kelapangan ni pembaca sekalian, banyaklah mengingati Allah SWT. Hadirkanlah diri ke masjid-masjid tak pun surau-surau untuk mendirikan solat secara berjemaah. Marilah kita berjamah di masjid yang lapang sebelum kita berseorangan di kubur yang sempit. Jika ada kelapangan lagi, hadirkanlah diri ke taman-taman syurga Allah SWT. Sebelum datangnya waktu sempit ketika kita disibukkan oleh Allah SWT dengan urusan dunia. Sebelum kita disibukkan dan dibebankan dengan tugas-tugas dan masalah-masalah yang banyak. Tapi ingatlah, sesungguhnya Allah SWT tidak akan memberikan sesuatu yang kita tidak mampu untuk mengahadapinya. Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 286;

“Allah tidak memberati manusia melainkan sekadar tanaganya….”
[al-baqarah, 2:286]
Akhir kata, saya ingin menyelitkan sebuah kisah untuk kita sama-sama renungkan kisah dimana Imam al-Ghazali menanyakan tentang enam perkara kepada anak muridnya.
Perkara pertama yang yang ditanya beliau adalah apakah yang paling jauh dengan kita? Anak muridnya tidak tahu lalu beliau menjawab masa. Wahai pembaca sekalian, masa lah yang paling jauh dengan kita kerana apabila masa itu telah pergi, tidak akan dapat kita untuk mengejarnya. Seterusnya beliau bertanya lagi. Apakah yang paling hampir dengan kita? Sekali lagi anak muridnya tidak tahu jawapannya. Lalu beliau menjawab mati. Mati paling hampir dengan kita kerana kita tidak tahu bilakah akan berlakunya mati. Mati tidak menghampiri kita tapi kita lah yang menghampiri mati. Yang ketiga beliau bertanya. Apakah yang paling berat? Jawapannya amanah. Amanah yang diberikan kepada kita sangat berat. Awas khalifah Allah SWT sekalian, jika kita melakukan perkara yang betul mengikut syarak, kita antara orang yang pertama masuk ke syurga, tetapi jikalau kita gagal, kita lah antara orang yang pertama yang akan masuk ke neraka. Yang keempat beliau bertanya. Apakah yang paling ringan? Jawapannya solat. Cukup ringan bagi kita untuk meninggalkan solat. Yang kelima pula apakah yang paling besar? Jawapannya nafsu kerana cukup besar nafsu kita untuk memilki sesuatu. Yang terakhir sekali yang keenam apakah yang paling tajam? Jawapannya lidah. Lidah ini cukup tajam sehingga pepatah melayu mengatakan terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. Renungkanlah.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum…

Satu


Assalamualaikum.

Akhirnya. Post pertama saya.
Kini tidak lagi menumpang artikel di blog org lain.
Sudah punyai kekuatan untuk berdiri sendiri..ALhamdulillah..dengan rahmat-Nya.

Ayuh! Fastabiqul Khairat!
=)